MZMN's Personal Website™ Eruditeimagination.com

 

   

..:: Welcome To Mohd Zaem Mohd Nawi's Personal Websites ::..                                                                ..:: Welcome To Mohd Zaem Mohd Nawi's Personal Websites ::..

 

Masa/ Suhu Kelantan

MASA/ SUHU NEGERI KELANTAN

 

:: Menu Utama ::
Pengenalan
Paparan Ilmu
Info PH110
Info Maahad
:: Berita Online ::
Berita Harian
Utusan Melayu
Harian Metro
Harakah Daily
New Straits Times
Jakim
:: Portal Universiti ::
Universiti Teknologi Mara
Universiti Putra Malaysia
Universiti Sains Malaysia
Universiti Islam A.bangsa
Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Kebangsaan M'sia
Universiti Malaya
Universiti Utara M'sia
Universiti M'sia Sabah
Universiti M'sia Sarawak
UniTEN
KUSTEM
KUiTTHO
KUIM
UPSI
MMU
KUSZA
:: Easy Access ::
Yahoo.com
Lycos.com
Hotmail.com
Friendster.com
 
    Free Guestbook from Bravenet 

 

 

 

TAZKIRAH

 

1. [ MENGHIDUPKAN HATI YANG MATI ]

2. [ MEMBACA AL-QURAN PADA MALAM HARI ]

3. [ BERBICARA BENAR DAN BANYAK DIAM ]

4. [ KEUTAMAAN IKHLAS DAN BAHAYA RIYA']

5. [ AMALAN YANG MENJADI SENJATA ORANG MUKMIN ]

 

 .::MENGHIDUPKAN HATI YANG MATI::.

Al-Irbadh bin Sariyah berkata, “Rasulullah memberi nasihat yang sangat menyentuh kepada saya, kerana nasihat itu hati yang tersentuh akan tergetar dan membuat mata menitiskan air matanya.”

Ibnu mas’ud berkata, “Majlis yang paling baik adalah majlis yang menyebarkan hikmah dan mengharapkan datangnya rahmat. Itulah majlis zikir.”

Ada seorang lelaki yang mengadukan kekerasan hatinya kepada Al-Hassan Al-Bashri, “Dekatkanlah hatimu kepada zikir.” Demikian kata Al-Hassan. “Majlis itu dapat hidup di atas asas keilmuan dan menciptakan kekhusyukan di dalam hati. Hati yang mati itu dapat hidup kembali dengan zikir sebagaimana tanah yang gersang dapat tumbuh dengan titisan air.

“Dengan zikir kepada Allah hati menjadi sejuk bila dunia ini dipenuhi zikir tentu tidak semakin buruk.”   

(Dipetik drpd: 21 senjata mukmin-Abu Salam Ismail)

  [Back To Top]   [Home]

 

 

.::MEMBACA AL-QURAN PADA MALAM HARI::.

            Orang mengatakan  bahawa amalan-amalan yang paling utama ialah yang sangat tidak disukai oleh jiwa. Membaca Al-Quran pada malam hari lebih dekat pada wilayah tadabbur kerana pada waktu itu tayar segala kesibukan terhenti dan hati hadir bersama dengan lisan, berpadu untuk memahami. Sebaimana firman Allah yang maksudnya : “Sesungguhnya bangun diwaktu malam adalah lebih tepat untuk khusyuk dan bacaan diwaktu itu lebih berkesan.” (Al-Muzammil : 6)

            Kerana pertimbangan inilah Allah memerintahkan untuk membaca AL-Quran secara perlahan-lahan. Dana keran pertimbangan ini pulalah solat malam dapat mencegah dari perbuatan dosa. Sebagaimana tersirat dalam hadis yang ditakhrij oleh AT-Tarmizi berikut. Diriwayatkan dalam Musnad dari Abu Hurairah R.A, bahawa ada orang yang bercerita pada Nabi S.A.W: Si fulan melaksanakan solat pada malam hari namun pada pagi harinya ia ketahuan mencuri. Nabi pun bersabda, “ Apa yang engkau katakan itu akan mencegahnya.”

            Alasan lain yang menjadi dasar pertimbangan adalah waktu perlaksanaan solat Tahajjud  itu merupakan saat-saat terbaik untuk berlama-lama melakukan solat dan saat-saat dimana seorang hamba lebih dekat denagan Rabbnya. Pada waktu ini pulalah pintu-pintu langit dibukakan.Doa-doa dimakbulkan, dan segala permintaan orang-orang yang sangat memerlukan diangkat. Allah juga sangat memuji zikir, doa, permohonan ampun dan munajat orang-orang yang bangun pada  malam hari.

            Aisyah R.A berkata kepada seseorang: “Janganlah pernah engkau tinggalkan Qiyamul-lail, kerana sesungguhnya Rasulullah S.A,W tidak pernah meninggalkannya. Dan dalam keadaan sakit Rasulullah masih melakukannya dengan bersolat secara duduk.”

(Dipetik drpd: 21 senjata mukmin-Abu Salam Ismail)

   [Back To Top]   [Home]

 

 

.::BERBICARA BENAR DAN BANYAK DIAM::.

            Amru din Qias Al-Malla’y berkata, “seseorang berjalan berdampingan dengan Luqman, sementara ramai orang berada di depan mereka. Luqman bertanya kepada orang itu, “ Bukankah engkau hamba Bani Fulan?”

            “Ya.”

            “ Yang pernah mengembala di gunung itu dan ini.?”.

            “Ya.”

            “ Buah fikiran ku tentang apa saja dapat sampai kepadamu?”

            Berbicara benar dan diam tentang hal-hal yang tidak berguna bagi diriku.” Demikian jawab orang tersebut.

            Ketika Amru sedang twerbaring sakit sejumlah sahabat menjenguknya. Ketika itu wajahnya berbinar-binar. Mereka pun bertanya apa yang mmbuatkan wajahnya begitu. Amru menjawab, “Tidak ada satu amalan pun yang lebih aku percayai selain dua hal: aku tidak berbicara mengenai hal-hal yang tidak berguna bagiku dan hatiku bersih terhadap orang-orang muslim.”

            Di riwayatkan Abu Ubaidah dari Al-Hassan, yang mengatakan, “Diantara tanda-tanda berpalingnya Allah dari hamba-hambanya ialah menjadikan kesibukan hamba itu berkisarkan pada hal-hal yang tidak berguna baginya.”

Sedang Sahl bin Abdullah At-Tastary mengatakan: “Barangsiapa yang  berbicara tentang hal-hal lain yang tidak berguna bagi dirinya maka diharamkan kejujuran bagi dirinya.”

Ditambahkan oleh Makruf, “Perbicaraan hamba tentang hal-hal yang tidak berguna bagi dirinya adalah kehinaan dari Allah Azzawajalla.”

(Dipetik drpd: 21 senjata mukmin-Abu Salam Ismail)

 

  [Back To Top]   [Home]

Copyright © 2004 Mohd Zaem Mohd Nawi, All Rights Reserved.
For Comments and Suggestion, Please email the webmaster.