MZMN's Personal Website™ Eruditeimagination.com

 

   

..:: Welcome To Mohd Zaem Mohd Nawi's Personal Websites ::..                                                                ..:: Welcome To Mohd Zaem Mohd Nawi's Personal Websites ::..

 

Masa/ Suhu Kelantan

MASA/ SUHU NEGERI KELANTAN

 

:: Menu Utama ::
Pengenalan
Paparan Ilmu
Info PH110
Info Maahad
:: Berita Online ::
Berita Harian
Utusan Melayu
Harian Metro
Harakah Daily
New Straits Times
Jakim
:: Portal Universiti ::
Universiti Teknologi Mara
Universiti Putra Malaysia
Universiti Sains Malaysia
Universiti Islam A.bangsa
Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Kebangsaan M'sia
Universiti Malaya
Universiti Utara M'sia
Universiti M'sia Sabah
Universiti M'sia Sarawak
UniTEN
KUSTEM
KUiTTHO
KUIM
UPSI
MMU
KUSZA
:: Easy Access ::
Yahoo.com
Lycos.com
Hotmail.com
Friendster.com
 
    Free Guestbook from Bravenet 

 

 

 

HIMPUNAN KISAH MENARIK HARI INI

 
KKK

1. Wasiat Rasulullah kepada Ali bin Abi Thalib

2. 4 Kalimat dari 40000 Hadis

3. Tingkat atau golongan org yg membaca Al-Quran

4. Seruan Bumi Terhadap Manusia

 

kkk

WASIAT RASULULLAH KEPADA ALI BIN ABI THALIB

 Ali bin Abi Thalib berkata, “Rasulullah S.A.W berwasiat kepadaku dengan sabda Baginda….”

 -Ya Ali! Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan. Tidak ada harta yang lebih berharga daripada akal. Tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub(kagum kepada diri sendiri). Tidak ada kekuatan yang lebih hebat daripada musyawarah. Tidak ada wara’ yang lebih hebat daripada menahan diri. Tidak ada keindahan selain akhlak dan Tidak ada ibada yang lebih daripada tafakur.

 -Ya Ali! Bahawa segala sesuatu itu ada penyakitnya. Penyakit bicara adalah bohong. Penyakit ilmu adalah lupa. Penyakit ibadah adalah riak. Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri. Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian. Penyakit bangsawan adalah bangga. Penyakit malu adalah lemah. Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan. Penyakit agama adalah hawa nafsu.

 -Ya Ali! Perbanyakkan membaca surah Yassin, kerana dalam membacanya itu terdapat sepuluh macam keberkatan. Tak ada orang yang membacanya waktu lapar atau puasa melainkan kenyang. Haus kecuali hilang hausnya. Tidak memiliki pakaian melainkan ia akan memperolehi pakaian. Merasa takut kecuali datang rasa aman. Dipenjara melainkan ia akan keluar penjara. Bujang  melainkan akan berkahwin. Semasa musafir matanya terang dalam perjalanan. Tidak membacanya orang yang kehilangan sesuatu benda melainkan mendapatkannya kembali. Tidak dibacakan diatas orang yang akan hampir ajalnya melainkan diringankan baginya. Barangsiapa yang membacanya diwaktu subuh nescaya ia akan aman sampai petang dan barangsiapa yang membacanya diwaktu petang nescaya ia akan berada dalam keamanan sehingga pagi.

 -Ya Ali! Bacalah Surah Hammim Ad-Dukhan pada malam Jumaat, nescaya Allah memberikan kemampuan kepadamu.

 -Ya Ali! Bacalah Surah Al-Hasyar nescaya engkau berkumpul pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala sesuatu.

 -Ya Ali! Bacalah Surah Al-Mulk dan As-Sajadah nescaya berkat keduanya engkau diselamatkan Allah dari bencana hari kiamat.

 -Ya Ali! Bacalah Qulhuallahu Ahad dalam keadaan engkau berwudu’ , nescaya engkau akan diseru pada hari kiamat: Hai pemuji Tuhan, bangkitlah maka kemudian masuklah ke dalam syurga!.

 -Ya Ali! Bacalah Surah Al-Baqarah kerana sesungguhnya dalam membacanya itu ada membawa berkat, dan tidak mahu membacanya membawa penyesalan.

 -Ya Ali! Janganlah engkau bersetubuh dengan isterimu pada malam bulan sabit baru muncul, dan jangan pula pada pertengahan bulan, kerana dikhuatiri anakmua akan cacat. Lalu aku(Ali)  bertanya : “Kenapa demikian Ya Rasulullah?” “Kerana jin banyak mendatangi wanita-wanita pada malam tengah bulan dan malam Hilal( bulan sabit). Apakah engkau tidak perhatikan bahawa orang-orang gila itu boleh muncul penyakitnya kembali pada malam tengah bulan dan malam hilal itu?

 -Ya Ali! Jauhilah sengketa kerana ia akan menghapuskan amalan-amalan angkau.

 -Ya Ali! Segeralah bersedekah kerana bala bencana itu tidak dapat melangkah mendahului sedekah.

 -Ya Ali!  Jauhilah kemarahan kerana syaitan menguasai anak cucu Adam dalam keadaan ia marah.

 -Ya Ali! Jauhilah olok-olok kerana hal itu akan menghilangkan kehebatan anak cucu Adam dan kesungguhannya.

 -Ya Ali! Jauhilah riba kerana padanya terdapat enam perkara, 3 di dunia dan 3 di akhirat. Adapun 3 di dunia : ia akan cepat memusnahkan harta, melenyapkan kekayaan dan menghapuskan rezeki. Adapun 3 di akhirat : membawa buruk perhitungan (hisab), kemurkaan Allah dan kekal dalam neraka.

 -Ya Ali! Cintailah fakir miskin, nescaya Allah akan cinta pula padamu.

 -Ya Ali! Janganlah engkau bentak fakir miskin nescaya engkau akan dibentak pula oleh Malaikat pada hari kiamat.

 -Ya Ali!  Janganlah engkau abaikan sedekah kerana ia akan menolak kejahatan dari dirimu.

 -Ya Ali! Keluarkanalah infak hartamu dan berikanlah kelapangan kepada keluargamu dan janganlah khuatir terhadap Allah yang memiliki Arasy bahawa Ia akan menyediakan kurniaNya terhadapmu.

 -Ya Ali! Janganlah berdusta, kerana dusta itu akan menghitamkan muka. Bila seseorang sentiasa berdusta dia akan dinamakan disisi Tuhan “si pendusta” dan bila dia benar maka dia akan dinamakan disisi Tuhan sebagai orang yang “benar (siddiq)” . Sesungguhnya berdusta itu akan menjauhkan iman.

 -Ya Ali! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah bicara yang baik kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat melebihi ketajaman lisannya.

 -Ya Ali! Jauhilah sifat dengki kerana dengki itu memakan segala kebajikan sebagaimana api mamakan kayu bakar

 [Back To Top]  [Home]

KKK

4 KALIMAT DARI 40000 HADIS

“Sesungguhnya ada seorang yang bijaksana yang mengumpulkan beberapa hadis dan memilih 40 000 hadis, dari 40 000 hadis tersebut dia memilih 4 000 hadis, dari 4000 hadis tersebut dia memilih 400 hadis, dari 400 hadis itu dia memilih 40 hadis, dari 40 hadis itu dia memilihnya menjadi empat kalimat iaitu:

1.   Janganlah kamu percayakan sepenuhnya semua urusan kepada perempuan

2.   Janganlah kamu terpedaya oleh harta benda

3. Janganlah kamu memasukkan apa saja ke dalam perutmu hingga tidak kuat perutmu  menanggungnya.

4.   Janganlah kamu mengumpulkan ilmu yang tidak bermanfaat begimu.

Imam Syafie berkata: “Barangsiapa yang belajar Al-Quran, besarlah harta dirinya. Barangsiapa yang belajar Fiqh, mulialah kedudukannya. Barangsiapa yang menulis hadis, kayalah hujjahnya. Barangsiapa yang belajar ilmu hisab, sihatlah fikirannya. Barangsiapa yang belajar bahasa Arab, haluslah tabiatnya dan barangsiapa yang tidak menjaga dirinya, maka tidaklah bermanfaat ilmu baginya.”

 [Back To Top]  [Home]

kkkk
Tingkat atau gologan orang yang membaca Al-Quran

        Tingkat atau golongan pembaca Quran adalah terbahagi kepada enam tingkat menurut pembacaan seseorang pada setiap malam iaitu berdasarkan hadis Nabi S.A.W dan keterangan para sahabat Baginda :

1. Golongan 'JUTAWAN' (Al-Muqantharin) : iaitu pembaca Al-Quran 300 hingga 1000 ayat pada setiap  malam.

2. Golongan 'JAYAWAN' (Al-Faaizin) :  iaitu pembaca Al-Quran 200 hingga 299 ayat pada setiap malam.

3. Golongan 'SETIAWAN' (Al-Qaanitin) : iaitu pembaca Al-Quran 100 hingga 199 ayat pada setiap malam.

4. Golongan 'PEMELIHARA' (Al-Haafizin) : iaitu pembaca Al-Quran 50 hingga 99 ayat pada setiap malam.

5. Golongan 'YANG INGAT' (Az-Zaakirin) : iaitu pembaca Al-Quran 10 hingga 49 ayat pada  setiap malam.

6. Golongan 'YANG LALAI' (Al-Ghaafilin) : iaitu pembaca Al-Quran 0 hingga 9 ayat pada setiap malam.

 

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Sesiapa yang kerap membaca sepuluh ayat Quran (pada setiap malam), tidaklah dia dituliskan daripada golongan yang LALAI, sesiapa yang membaca seratus ayat Quran adalah ditulis baginya daripada golongan yang SETIAWAN, dan sesiapa yang membaca seribu ayat Quran nescaya ditulis baginya daripada golongan yang JUTAWAN..."

-HR ABI DAUD-

 [Back To Top]  [Home]

kkk

Copyright © 2004 Mohd Zaem Mohd Nawi, All Rights Reserved.
For Comments and Suggestion, Please email the webmaster.